Untuk renungan dan amalan bersama ..
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah Dan
peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum
keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki
syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat
kami Dan terimalah segala ibadah Dan amalan kami dengan RAHMATMU YA
ALLAH......AMIN.....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik Ra.
Berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg IA tidak biasa datang
dalam keadaan berubah mukanya,
Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku
melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu
di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak
bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, Dan siksa kubur itu
benar, Dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum IA merasa Aman
dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. Bersabda: 'Ya Jibrail,
jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan
Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian
dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam,
maka IA hitam gelap, tidak pernah padam nyala Dan baranya.. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan
dapat membakar penduduk dunia semuanyakerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit Dan bumi nescaya
akan mati penduduk bumi kerana panas Dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan
di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah Bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang
yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam Dan
perhiasannya besi Dan minumannya air panas campur nanah Dan pakaiannya potongan-potongan
api.
Api neraka itu Ada tujuh pintu, tiap-tiap
pintu Ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki Dan perempuan.'
Nabi s.a.w. Bertanya: 'Apakah pintu-pintunya
bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya
di Bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap
pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg
lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk
masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk
orang-orang munafik, Dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan
mukjizat nabi Isa a.s. Serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu
kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang
shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis Dan pengikutnya dari kaum
majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam
tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah
s.a.w. Sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa
besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempatbertaubat.'
Maka nabi s.a.w. Jatuh pingsan ketika
mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w.
Di pangkuannya sehingga sedar kembali Dan
sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku Dan
sangat sedihku, apakah Ada seorang dari ummat Ku yang akan masuk kedalam
neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar
dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. Menangis, Jibrail juga
menangis, kemudian nabi s.a.w.. Masuk ke dalam rumahnya Dan tidak keluar
kecuali untuk sembahyang kemudian kembali Dan tidak berbicara dengan orang Dan
bila sembahyang selalu menangis Dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab
'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh
melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik
matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7
tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000
daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000
kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang
pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang
panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum
mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000
malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan
kepada kita semua.....Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan
apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,
sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu
dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK
REPUT DI HARI QIAMATKELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya
apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di
kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali
kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka
malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka
KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah
dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi
debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga
mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga
setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku
dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa
sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam
tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi2 Para Ahli Jihad3. Para Alim
Ulama4. Para Syuhada5. Para Penghafal Al Quran6. Imam atau Pemimpin yang Adil7.
Tukang Azan8. Wanita yang mati kelahiran/beranak9. Orang mati dibunuh atau
dianiaya10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin
Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang
yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada
Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba
Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.
Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan
SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan
menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu
mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat
Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari
syurga dengan sangat banyakmelebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan
berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada
HARI yang telah LALU itu.'
Ilmu ini disebarkan
lagi bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa
mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah :
237