Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu
terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di
dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang
tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah
dirasakan manusia di dunia.“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah
S.A.W?” tanya para sahabat.
“Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang
memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan
puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”
“Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah
menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya
sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang
membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya’ dan Subuh secara
berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat
orang-orang sedang tidur lelap.” Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada
sahabatnya.
src punya-magna